Saturday 17 November 2012

Kata Adjektif dan soalan tatabahasa 2005 - 2009


Kata Adjektif

  1. Sifat/Keadaan
    • baik,jahat,cerdik,pandai, gopoh,lemah,nakal,buas, layu, tegap, tenang
  2. Warna
    • Semua warna
  3. Ukuran
    • panjang, kecil, nipis, dalam, tohor
  4. Bentuk
    • bulat, bundar, bujur, lonjong, leper, nipis
  5. Pancaindera
    1. mata (pandang) – cantik,ayu, buruk, 
    2. Lidah (rasa) – sedap, manis, kelat, tawar
    3. Telinga (dengar) – merdu, mersik, nyaring, bising
    4. Hidung (bau) – harum, wangi, hapak, busuk
    5. kulit (sentuh) – halus, licin, kasar, lembik
  6. Waktu
    • segera, spontan, kuat, lambat, awal
  7. Cara
    • cepat, laju, perlahan, deras, tangkas, cekap, fasih
  8. Perasaan
    • rindu, geram, asyik, ghairah, sayang, benci, cinta
  9. Jarak
    • jauh, dekat,hampir, nyaring

KLIK SINI UNTUK SOALAN . Bersama ini adalah contoh  soalan yang pernah keluar dlm UPSR 2005 - 2009 sebagai panduan atau statistik. Komen anda sebagai seorang guru, pelajar atau ibubapa sangat dialu-alukan untuk penambahbaikan dan perkongsian ilmu bersama. terima kasih.

Tuesday 13 November 2012

Tatabahasa (Kata kerja)


KATA KERJA
Kata yang menerangkan perbuatan

i)Kata Kerja Tak Transitif
  a) Semua orang pulang.
  b) Adik masih tidur.
  c) Mereka asyik berbual.
  d) Dia menjadi guru.
  e) Mereka tinggal di Kampung Jaya.
  f) Abang tidak berbuat jahat.

ii)   Kata Kerja Transitif
   1. Murid-murid membaca buku.
  2. Abang menjawab panggilan telefon.
  3. Kami makan ayam goreng di restoran itu.
  4. Datuk menternak ikan keli.

Bersama ini disertakan contoh soalan Kata Kerja yang telah keluar dalam UPSR antara tahun 2005 hingga 2009.Klik sini untuk paparan soalan



Tuesday 6 November 2012

Kepentingan Bahasa Melayu

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Bercakap tentang Bahasa Melayu (BM), mungkin ramai di antara kita yang sering mengambil mudah tentang penggunaan bahasa ibunda kita ini. Dalam era globalisasi ini, rakyat Malaysia lebih mementingkan penguasaan bahasa kedua dan ketiga seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Katanya, penggunaan bahasa kedua ini lebih penting untuk memudahkan komunikasi dengan masyarakat luar, sekali gus dapat memajukan negara. Oleh itu, ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap penggunaan bahasa ibunda ini.
Namun, seperti yang kita dapat lihat di negara maju, Jepun, mereka amat menitik beratkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Mereka lebih banyak menggunakan Bahasa Jepun dalam komunikasi harian tidak kira dalam aktiviti seharian mahupun urusan kerajaan atau perniagaan. Selain itu, mungkin ramai di antara masyarakat kita sudah lupa bahawa sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Pedangang yang berdagang di Tanah Melayu pada masa itu perlu tahu berbahasa Melayu. jelas kita dapat lihat, Tanah Melayu ketika itu amat berkuasa, walaupun tidak maju dari segi teknologi seperti sekarang, Tanah Melayu telah menguasai banyak negeri.
Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempelajari dan memartabatkan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.

Video ini adalah sedikit ulasan dan tips Bahasa Melayu yang disampaikan oleh adik Adi Putra, sama-sama kita saksikan.

Contoh ucapan perpisahan Tahun 6

Salam 1Malaysia, 
Untuk hari ini, saya ingin berkongsi satu teks ucapan perpisahan tahun 6. Teks ini digunakan untuk Majlis Perpisahan Tahun 6 2012 di SK Chenor yang disampaikan oleh ketua pelajar, Mirza Hazim.

UCAPAN PERPISAHAN  TAHUN 6

Bismillahhiramanirahim
Yang dihormati Pengerusi majlis..... yang berbahagia Tuan Guru Besar SK Chenor En Wan Zamri bin Wan Mahmod, barisan guru-guru kanan, para guru yang dikasihi serta rakan seperjuangan sekelian. Assalamualaikum saya ucapkan.
Terlebih dahulu  saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada jamuan perpisahan tahun 6 2012. Saya selaku wakil murid tahun 6 dikesempatan ini ingin menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru SK Chenor.
Betapa besarnya jasa guru mendidik kami yang dari tidak mengenal apa-apa sehinggahlah kami jadi seperti apa yang cikgu lihat sekarang ini. Kami lancar membaca , menulis mengira dan mahir di bidang Kokurikulum. Terima Kasih cikgu.
Kami berjanji  melangkahnya kami ke alam sekolah menengah, jasa cikgu di sini tidak kami lupa. Akan kami jaga nama baik sekolah ini, walau kemana kami pergi. Insyallah. Kami tahu cabaran di sekolah menengah amat mencabar  tapi kamu berjanji akan menghadapi dengan mengingati nasihat guru di sini. Kedewasaan kami insyallah dapat membezakan yang  baik dan yang buruk. Kami akan terus mengharumkan nama SK Chenor.
Akhir kata , saya mewakili rakan –rakan memohon ampun maaf atas segala kesalahan yang telah kami lakukan. Gurau senda ,ajaran cikgu tetap jadi kenangan. Kami juga memohon restu segala ilmu yang telah cikgu curah. Doakan kami berjaya sehingga ke peringkat yang yang lebih tinggi.
Sebelum mengakiri ucapan, saya meyeru rakan-rakan jagan dilupa guru-guru kita. Jadilah anak murid yang kenang jasa.  Kami doakan cikgu terus sihat agar dapat berkhidmat untuk mengajar adik-adik di bawah kami.
Sekian ,terima kasih


Thursday 1 November 2012

Apa itu boria

Boria ialah sejenis kesenian tradisional yang popular di Pulau Pinang. Persembahan boria mempunyai dua segmen, iaitu sketsa (lawak jenaka) dan nyanyian yang diiringi dengan tarian. Kedua-dua segmen ini saling bergantung antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan. Hanya pelakon lelaki yang terlibat di dalam sketsa ini.
Persembahan didominasi oleh seorang tukang karang. Watak wanita pula akan dilakonkan oleh seorang lelaki yang memakai pakaian wanita sambil meniru suara dan gaya wanita. Lakonan akan dipenuhi dengan unsur humor yang sengaja direka untuk menggelikan hati penonton. Jumlah pelakon biasanya hanya dalam kumpulan kecil.

Berikut adalah sedikit sudutan macropengajaran Bahasa Melayu Tahun 5 yang bertajuk "Buah Seribu Khasiat". Dalam macropengajaran ini terdapat sedikit nyanyian boria oleh pelajar.