Tuesday 23 October 2012

Boria Petani Jaya

LIRIK BORIA PETANI JAYA

Korus

Salam sejahtera kami ucapkan,
Kepada guru-guru,rakan dan taulan,
SK Chenor buat persembahan
Untuk pengetahuan pendengar budiman.

Pohon mangga bergetah daunnya,
Hidup subur di tepi kali,
Petani jaya giat berusaha,
Bantu negara tingkat ekonomi.

Ulang korus

Pohon nyiur bercabang dua
Batang bercanggah di panah petir,
Petani moden teruskan usaha,
Tak pernah mengeluh walaupun getir.

Ulang korus

Pohon kenanga lebat bunganya,
Tumbuh merimbun di tepi denai,
Giat berusaha tak kira masa,
Cukuplah tempoh hasil dituai.

Ulang korus

Pohon angsana si pohon bakau,
Patah kandar bertopang dua,
Segala tanaman subur menghijau,
Hasil petani berlipat ganda.

Ini lirik Boria Petani Jaya.Lagunya boleh didapati dalam powerpoint yang dimuatkan dalam entry lepas.

Saturday 20 October 2012

Bahan Pengajaran B. Malaysia Tahun 5

Powerpoint ini sebagai set induksi untuk memulakan pengajaran B. Melayu Tahun 5. Dalam Powerpoint  ini terdapat lagu Boria bertajuk "Petani Jaya" dan 2 keping gambar yang menunjukkan buah-buahan tempatan   dan buah-buah luar negara. Makropengajaran berkaitan dengan powerpoint ini akan ditayangkan pada lain kali. Sila tunggu.

SEKOLAHKU SK.. CHENOR




Berlatarbelakangkan sekolah yang berada di pedalaman kawasan Chenor, Daerah Maran, Pahang, dalam kategori sekolah kurang murid, mungkin sedikit sebanyak dapat dibayangkan. sekolah ini sering dilanda banjir. Latar belakang pelajarnya terdiri daripada anak-anak pekerja kampung. Sekolah Kebangsaan Chenor telah dibuka pada 1901. Pada ketika itu bilangan murid adalah seramai 24 orang murid sahaja dan jumlah kelas hanya  sebuah dengan bilangan guru pula seramai 3 orang sahaja. Guru Besar yang pertama yang dilantik ialah Hj Andak bin Arshad pada tahun 1906. Kini, jumlah murid keseluruhan 140  orang murid, guru 15 orang dan 7 oarang pekerja. 

Kini, sekolah Kebangsaan Chenor telah banyak berubah terutama dari segi prasarana dan persekitarannya. Prestasi sekolah ini amat cemerlang apabila dianugerahkan sekolah cemerlang Daerah Maran 2007 apabila mendapat keputusan UPSR 100%. Bermula dari tahun ini,  sekolah ini terus cemerlang dalam bidang  akademik dan kokurikulum.

Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1989 dan bertukar ke sekolah ini pada tahun 2003 (sekolah yang ketiga).