Tuesday, 6 November 2012

Kepentingan Bahasa Melayu

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Bercakap tentang Bahasa Melayu (BM), mungkin ramai di antara kita yang sering mengambil mudah tentang penggunaan bahasa ibunda kita ini. Dalam era globalisasi ini, rakyat Malaysia lebih mementingkan penguasaan bahasa kedua dan ketiga seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Katanya, penggunaan bahasa kedua ini lebih penting untuk memudahkan komunikasi dengan masyarakat luar, sekali gus dapat memajukan negara. Oleh itu, ramai di antara kita yang memandang rendah terhadap penggunaan bahasa ibunda ini.
Namun, seperti yang kita dapat lihat di negara maju, Jepun, mereka amat menitik beratkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Mereka lebih banyak menggunakan Bahasa Jepun dalam komunikasi harian tidak kira dalam aktiviti seharian mahupun urusan kerajaan atau perniagaan. Selain itu, mungkin ramai di antara masyarakat kita sudah lupa bahawa sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Pedangang yang berdagang di Tanah Melayu pada masa itu perlu tahu berbahasa Melayu. jelas kita dapat lihat, Tanah Melayu ketika itu amat berkuasa, walaupun tidak maju dari segi teknologi seperti sekarang, Tanah Melayu telah menguasai banyak negeri.
Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca di kepulauan Melayu disebabkan bahasa ini mudah dipelajari, bersifat sederhana, tidak terikat kepada susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempelajari dan memartabatkan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.

Video ini adalah sedikit ulasan dan tips Bahasa Melayu yang disampaikan oleh adik Adi Putra, sama-sama kita saksikan.

2 comments:

  1. Bagus juga dapat melihat kebolehan adik Adik Putra yang lebih muda daripada saya berucap mengenai isu bahasa. Saya sendiri tak begitu yakin untuk buat begitu. InsyaAllah saya akan cuba.

    ReplyDelete
  2. masyarakat sekarang kurang menggunakan bahasa ibunda kita dan lebih cenderung kepada bahasa inggeris.hebat adik adi putra berkata kata.beliau yang kecil pun lebih memahami bahawa bahasa ibunda kita perlu dimartabatkan.

    ReplyDelete