Powerpoint ini sebagai set induksi untuk memulakan pengajaran B. Melayu Tahun 5. Dalam Powerpoint ini terdapat lagu Boria bertajuk "Petani Jaya" dan 2 keping gambar yang menunjukkan buah-buahan tempatan dan buah-buah luar negara. Makropengajaran berkaitan dengan powerpoint ini akan ditayangkan pada lain kali. Sila tunggu.
Saturday, 20 October 2012
SEKOLAHKU SK.. CHENOR
Berlatarbelakangkan sekolah yang berada di
pedalaman kawasan Chenor, Daerah Maran, Pahang, dalam kategori sekolah kurang
murid, mungkin sedikit sebanyak dapat dibayangkan. sekolah ini sering dilanda banjir. Latar belakang pelajarnya terdiri daripada anak-anak pekerja kampung. Sekolah Kebangsaan Chenor
telah dibuka pada 1901. Pada ketika itu bilangan murid adalah seramai 24 orang
murid sahaja dan jumlah kelas hanya sebuah
dengan bilangan guru pula seramai 3 orang sahaja. Guru Besar yang pertama yang
dilantik ialah Hj Andak bin Arshad pada tahun 1906. Kini, jumlah murid keseluruhan 140 orang murid, guru 15 orang dan 7 oarang pekerja.
Kini,
sekolah Kebangsaan Chenor telah banyak berubah terutama dari segi prasarana dan
persekitarannya. Prestasi sekolah ini amat
cemerlang apabila dianugerahkan sekolah cemerlang Daerah Maran 2007 apabila
mendapat keputusan UPSR 100%. Bermula dari tahun ini, sekolah ini terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru pada tahun 1989 dan bertukar ke sekolah ini pada tahun 2003 (sekolah yang ketiga).
Subscribe to:
Posts (Atom)